tugas juruukur

  • Menjalankan kerja-kerja mengukur tanah bagi maksuc pengeluaran surat Hakmilik Tanah untuk tanah-tanah desa , pekan, bandar , dan juga tanah-tanah lombong.
  • Mengukur simpanan-simpanan jalan , taliair , dan lain-lain tanah yang hendak disimpan untuk kegunaan awam.
  • Mengukur pecahan sempadan bagi tanah-tanah untuk pertanian , perumahan dan perusahaan .
  • Menjalankan pengukuran dalam Rancangan Kemajuan Tanah yang dimajukan oleh Kerajaan Persekutuan , Negeri dan Badan Berkanun .
  • Menjalankan ukuran penentuan bagi menyelesaikan pertelingkahan sempadan .
  • Menjalankan ukuran kawalan dan penyiasatan.
  • Berhubung dengan Pemungut Hasil Tanah sekiranya ada perbezaan dalam sempadan lot yang diukur dan meminta pengesahan daripadanya.
  • Menguasai dan menyelia , melatih serta menguruskan segala perihalpekerja pasukan ukurnya.
  • Menyoapkan tuntutan elaun pekerja-pekerja dalam pasukannya.
  • Menolong , memberi latihan kerjaluar kepada pelatih-pelatih Jabatan , Pegawai-pegawai Petempatan dan penuntut-penentut dari Politeknik atau Universiti.
  • Menjaga keselamatan peralatan jabatan yang dikeluarkan kepadanya dan pasukannya.
  • Bertanggungjawab kepada Jurukur Daerah atau tatatertib pekerja-pekerja di bawah jagaannya.
  • Menjalankan apa-apa tugas yang diarahkan oleh Jurukur Daerajh dan Pengarah Ukur.

No comments:

Post a Comment